Nama Jawatan : PENGURUS (KONTRAK) – IBU PEJABAT
SEKSYEN PORTAL & E-DAGANG (KUMPULAN KEWANGAN KORPORAT)
Kelayakan / Pengalaman
ii) SEKSYEN PORTAL & E-DAGANG (KUMPULAN KEWANGAN KORPORAT)
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan, Pemasaran, Teknologi
Maklumat dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan 10 tahun pengalaman
(keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana).
Pengalaman dalam e-dagang, pemasaran digital, teknologi maklumat dan pengurusan
portal web.
Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran komunikasi dan penyelesaian
masalah yang baik.
Bidang Tugas
Mengurus dan memastikan kumpulan kerja Seksyen Pembangunan Sistem & Aplikasi
mematuhi standard dalam menyelenggara perkhidmatan teknikal dalaman ANGKASA.
Memberi idea dan perancangan framework sesuatu projek teknikal sebelum
mengarahkan pembangunan sistem kepada kumpulan pembangunan / pengaturcaraan
yang berkenaan dengan pembangunan berasaskan Filemaker, PHP, ASP.net, MySQL,
SQL Server, JavaScript (JS), HTML, Python, Laravel dan lain-lain.
Bertanggungjawab kepada pegawai bawahan ke atas isu-isu dan masalah teknikal
kritikal yang perlu penyelesaian segera serta memberi cadangan penyelesaian.
Mengurus, memantau dan mengawalselia tugasan pegawai bawahan berkenaan
kesiapsiagaan server utama perkhidmatan iaitu cloud base.angkasa.coop &
mykoperasi.coop serta mencari solusi kepada kebarangkalian permasalahan teknikal
yang wujud.
Mengurus, memantau dan mengawalselia pembangunan projek laman web dalaman
seperti yayasan infaq,laman web MAN & MAPA serta projek-projek yang bakal
dibangunkan.
Mengurus perkhidmatan sistem pendaftaran & kiraan undi bagi Mesyuarat Agung Negeri
ANGKASA dan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA serta acara dalaman yang
berkaitan.
Mengurus projek data raya ANGKASA dengan memberi idea, solusi dan penyelesaian
teknikal kepada kumpulan pembangunan sistem serta menasihati pengurusan
berkenaan hal-hal pembangunan yang melibatkan data sains, perubahan teknologi dan
sebagainya.
Mengurus dan mengatur kumpulan kerja bagi program latihan teknikal berkenaan projek
data raya ANGKASA dan koperasi serta projek berpotensi dalam menggerakkan
digitalisas koperasi merujuk kepada pelan DIGIKOP.
Mengurus, memantau, mengawalselia, menyemak pencapaian KPI Seksyen
Pembangunan Sistem dan Aplikasi serta menasihati dan memberi cadangan solusi
kepada pegawai yang berkenaan.
Menasihati pengurusan dalam aspek perubahan dan perkembangan teknologi yang
memerlukan transformasi dalaman berkaitan IT dilaksanakan untuk mengatasi risiko-
risiko.